Tanyalah siapa pun, sekalipun orang jahil
Siapa sahaja menghina ibu dan bapa tiada siapa boleh terima
Sekalipun dia di dalam kebenaran
Betapalah pula kalau dia di dalam kebatilan
Tiada siapa yang simpati
Semua orang yang tahu menjadi benci
Begitulah juga orang yang mengata dan menghina gurunya
Sekalipun dia betul
Tiada siapa yang boleh setuju
Betapalah kalau dia yang bersalah apa lagilah
Orang akan bertambah marah
Wibawanya jatuh keyakinan orang hilang
Orang akan lari
Tinggallah dia seorang diri
Belum pernah berlaku di dalam sejarah seorang itu dianggap wira
kerana menghina ibu bapa atau gurunya
Tapi apa yang terjadi atau berlaku
Orang itu dihina, dicerca, dibenci dan dikata
Orang yang menghina ibu bapa dan gurunya jiwanya tiada tenang
Jiwa gelisah, marah-marah tidak tentu arah
Di dunia lagi telah menerima padah
Ketawanya hanya pura-pura
Riangnya hanya dibuat-buat sahaja
Kerana hendak menutup jiwa yang derita
Bertemu dengan orang yang tahu tentang dirinya takut-takut aja
Mahu lari dari mereka
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi